END

Wednesday, February 10, 2010

HOYA SRC FUTSAL TOURNAMENT 2010


One of the Q4 2009 programs. More to come next fiscal....

Tuesday, January 26, 2010

Raf & Kasya



Kengkawan berkumpul kat majlis raf..kelana jaya 23 Jan 10... Seronok kalau dapat gathering camni...banyak yang nak diceritakan...Tahniah Raf...bukan sahaja sebab menamatkan zaman bujang, tapi berjaya mengumpulkan sebanyak kawan yang mungkin...alhamdulillah.

Monday, January 11, 2010

Majlis Perkahwinan Ajib dan Munie





Sekitar majlis perkahwinan Ajib & Munie, Baling Kedah. 5-6th December 2009.

Thursday, October 15, 2009

Ubudiah











Aku bangga jadi anak kelahiran PERAK! Apart from whatever "happened" at the moment..you know what i meant...
Baru2 ni, masa cuti raya it ari aku pegi kenduri kat Taiping dengan famili + parents..balik kenduri...saje lajak ke kuale (kuala kangsar)...saje nak pekena laksa buyung...tak sedap mane pun...cuma popular jer...frankly speaking, masak sendiri lagi sedap...mungkin sebab laksa kat kuale dah terlampau komersil...dah jadi tarikan utama selain daripada handcrafts dan binaan2 kesultanan Perak...
Bercakap pasal binaan kesultanan Perak ni...lepas asar aku sempat shoot masjid tercantik di Malaysia (wikipedia yg kata camtu...hik hik)...MASJID DIRAJA UBUDIAH...tak dinafikan...walaupun dh beberapa kali aku solat kat masjid tu, aku masih lagi terpegun dengan seni binaannye yang unik dan cukup kukuh...sekukuh azam kita menjadikan Islam sebagai satu cara hidup...InsyaAllah.
Siap dibina pada 1917 oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah 1 dan ianya dirasmikan oleh Sultan Abdul Jalil Karamtullah Shah...masjid yang menelan belanja RM200K ini direkabentuk oleh Arthur Benison Hubback dan terletak bersebelahan dengan makam diraja Bukit Chandan...apa yang uniknye, bentuk masjid ni hexagon dan batu marmar yg digunakan utk membina masjid ini adalah berasal dr Itali....deme belum jumpa marmar gua tempurung lagi mase tu agaknye...hik hik...
Apapun masjid ini tetap menjadi simbol kemegahan muslimin di Perak...semoga ia menjadi institusi yang digunapakai sepenuhnye bukan sahaja untuk keagamaan, malah pentadbiran dan pendidikan...insyaAllah.